Follow by Email

KEK COKLAT



Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )
100g mentega
100g gula
2 biji telur- dipukul sedikit.
40g tepung gandum
40g serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.

Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.

Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.

Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.

Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Boleh juga dihidang bersama ice cream.
~yummymummy~