Follow by Email

CARROT CAKE



Bahan-bahan
450 gm lobak merah, dikupas kulit dan diparut
175 gm tepung serbaguna
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula perang lembut
1/4 cawan gula pasir halus
300 ml minyak bunga matahari
1 cawan kacang walnut dicincang halus
2/3 cawan raisin
Bahan untuk icing
75 gm mentega
3 cawan gula icing
50 ml sirap maple

Cara-cara
Di dalam mangkuk adunan ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis, ketepikan.

Menggunakan mixer, pukul telur hingga serata. tambah esen vanilla, gula perang, gula pasir dan minyak bunga matahari dan putar hingga sebati. Kemudian masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit(guna kaedah kaup balik).

Sesudah itu masukkan lobak merah, kacang walnut dan raisin dan adun (kaedah kaup balik) hingga sekata.

Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang saiz 8 x 8 inchi yang telah digris dan dialas kertas baking, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 ke 45 minit.

Setelah masak, biarkan didalam loyang selama 10 minit sebelum dikeluarkan untuk disejukkan sepenuhnya dan diletakkan icing.

Untuk icing, campur kesemua bahan hingga sebati dan boleh diratakan pada kek yang telah sejuk tadi.
~yummymummy~