Follow by Email

SOUFFLE CHEESE CAKE



Bahan-bahan
250g Philadelphia cream cheese
50g mentega tanpa garam
80g gula halus
3 biji telur -asingkan kuning dan putih
80cc fresh cream
2 sudu kecil jus lemon
40g tepung roti
40g dry fruit
sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara
Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi

Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus

Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati

Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)

Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati

Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.

Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air

SELAMAT MENCUBA
~yummymummy~