Follow by Email

KEK BATIK LEPAS



Bahan-bahan ( 5-6 orang )
biskut marie yg telah dipatah dua
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 paket kecil milo
1 botol kecik serbuk koko
sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
sedikit kismis

Cara-cara
Cairkan mentega di dalam kuali.

Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.

Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.

Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.

Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.

Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.

~yummymummy~