Follow by Email

DARK CHERRY CAKE


Bahan-bahan ( (8 x 8 x3)inci )
200 g mentega
3 biji telur gred A (berat 60g sebiji)
150 g gula halus
1 camca teh esen vanilla
300 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh serbuk kayu manis*(*digaul dan diayak)
1 tin "DARK SWEET CHERRIES", ditoskan airnya

Cara-cara
 Putar mentega, gula halus dan esen vanilla hingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga putih, tak perlu terlalu kembang.

 Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga sebati.

Tuang adunan ke dalam tin yang telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Ratakan adunan dan susun ceri, tekan sedikit sehingga separuh tenggelam.

 Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.

DARK CHERRY BLH DIGANTIKAN DGN PEACH :)
~yummymummy~