Follow by Email

KEK BUAH



Bahan-bahan
1 tin butter churn
75gm butter
1 tin gula castor (gunakan tin butter churn untuk menyukat)
2 tin tepung gandum
10 biji telur saiz A
1/2 cawan susu cair / 2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan baking powder
1 paket prune (anggaran 227gm)
1 kotak mix fruit (anggaran 220gm)

Cara-cara
Masukkan buah prune dalam periuk. Tambahkan air anggaran tengelam buah prune. Jerangkan diatas api. Kacau sambil lenyek-lenyekkan buah prune. Masak sehingga air kering. Sejukkan.

Pukul butter churn, butter dan gula castor sehingga kembang. Jangan terlalu creamy sebab nanti buah-buah kering akan jatuh ke dasar kek.

Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan perlahan-lahan.

Masukkan susu, buah prune yang telah dilenyek dan esen vanilla.

Ayak tepung gandum dengan baking powder. Ambil sedikit tepung dan gaulkan dengan buah-buahan kering.

Masukkan tepung dan buah-buahan kering kedalam adunan berselang seli sambil gaul perlahan.

Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit kemudian turunkan suhu 120C dan bakar lagi selama 20 minit.
~yummymummy~