KEK LUMUT

 

Bahan-bahan ( TIDAK TERHAD )
10 biji telur ayam
2 gelas gula halus
16 oz mentega
1 gelas tepung almond(badam)
5 gelas tepung nestum
1 tin susu manis
1 tin/botol jem epal
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
Pukul telur hingga kembang.

Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis.

Mentega dikacau terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.

Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung neestum.

Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau.

Kukus hingga masak.

Kalau mahu kek lumut tahan lama, lepas kukus bakar sekejap anggaran 5~10 minit.
~yummymummy~